Pages

Sunday, November 21, 2010

..:: A Special Day ::..

Today is a special day for me. :)

credit to: Adam Graham


I wish everyone a blessed life by God the Almighty, no matter their religion and beliefs. I wish everyone joy and happiness and always in good health and wealth.. And especially for my family and bestest of friends, thank you and I love you, with all my heart.. To awak, thank you for being you.. :)





*sheepish smile..

Friday, November 19, 2010

My Aidil Adha

Am going back to mum and dad's hometown today.. Singgah beraya dengan opah belah ayah dulu.. :) Then, straight to mum's hometown.. Esok lapah lembu, agih-agihkan daging korban, selebihnya masak sup.. Tahun ni, nak jamu orang kampung dengan mihun sup.. Taruk sambal kicap, tabur daun sup & bawang goreng.. Nyums! Jangan tersedak sudah.. hehe..

We celebrated our Aidil Adha which fell on Wednesday, Nov 17th, in KL, as we did most years. As it has been for quite a number of years already, dad would be making his famed lemang jagung rebus. Mum would be busy in the kitchen, cooking and preparing many, many and I do mean MANY delicious food.. Just like Aidil Fitri, her array of dishes would be in the line of nasi impit Nona and partner in crime kuah kacang daging, and a minimum of 3 types of rendang. Chicken redang, beef rendang, rendang 3 beradik, rendang udang (it has a different name, tapi kalau tulis nanti boleh mengundang isu sensitif! :P), rendang kerang, rendang minang, rendang tok, rendang pedas, rendang hitam.. ahh, you get the idea..Not forgetting her famous tapai pulut.. Oh, but wait! These are merely the side dishes.. The main dish would either be Nasi Tomato, Nasi Minyak or Nasi Hujan Panas, accompanied by kurma daging/ayam, kuah dalca daging/ayam and jelatah.. Only this year, a slight change of the usual norm.. The main dish bertukar menjadi Kuey Tiaw Sup, and its sidekicks..

Table 1: Nasi Impit, Lemang Jagung Rebus, Rendang Ayam, Chicken Ala Thai, Rendang Kerang, Kuah Kacang Daging


Table 2: Kuey Tiaw Sup

Yes, that's me lovely mummy.. At the end of the day, she would be complaining of her aching feet.. Buat penat je pesan supaya masak sikit-sikit, end up banyak juga lauknya.. I guess Mum will always be Mum.. :) Saya rasa, esok2 saya pun menurun perangai mak saya.. Huhu..

One might wonder, "Banyak gila lauk, tapi untuk pemanis mulutnya tapai aje?" Hehe, mestilah tidak.. Yang buat pemanis mulutnya mestilah yours truly.. :P Normally, it would be my 'famous', ahem, Moist Chocolate Cake.. But this year, "Mama nak Marble Cake laa.. Resepi Asmah Laili dari Singapura".. Menggagau cari resepi online.. Sekali tengok resepi, fuiyo banyaknya pakai telur! And 3 blocks of butter? This has to be my biggest challenge yet.. I'm just a small scaled bakerina.. :) Baru pukul butter dan gula, dah penuh mixing bowl.. But, Alhamdulillah, it turned out quite well on the first attempt..


That's a 12 x 12 marbled cake, mind you.. :P Next time, I shall divide only a third of the batter for the chocolate part..

Whilst waiting for the marble cake to bake in the oven, mama had to ask.. "Puding Bumbung tak nak buat ke? Rasa nak yang lembut-lembut jugak.." So, off I went scurrying to the kitchen, chanting incantations, eh silap, mixing and cooking ingredients for my Puding Bumbung.. This pudding has a name, but we like to call it Puding Bumbung.. or Roof Pudding.. *smiles

My brightly coloured Puding Bumbung

So there, my Aidil Adha..


Happy days!

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Menyambut Aidil Adha

Salam Aidil Adha bagi yang menyambutnya.. Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk menyambut Aidil Adha sekali lagi pada tahun ini.. Alhamdulillah, syukur saya diberi kesempatan menyambut Aidil Adha bersama keluarga tersayang.. Pada yang mengenali, ampun dan maaf saya pinta andai ada salah dan silap..

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari saya sendiri, manakala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. Pada keluarga tersayang dan kawan-kawan baik yang saya kasihi, moga ukhuwwah yang terjalin berkekalan membawa ke syurga hendaknya..

Sedikit sebanyak tentang Hari Raya Aidil Adha:
"Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka."

Sumber: Encik Wiki

Friday, November 12, 2010

Project ReVamp 1



Can I call this my first Project ReVamp? It is not exactly 'old shirt', in fact, I just bought it last 2 weeks.. Yeah, I know.. The colour is so dull, I'm sure you'd believe if I say it's old.. Hehe..

Problem I have with this shirt is the collar.. So, off with thy head!

Eh?

Okie, I'm sure you get what I meant..

:P

I think the picture above speaks louder than a thousand words of gibberish..

Happy days!

Thursday, November 11, 2010

Project ReVamp

We have some old clothes that we no longer want to wear.. Most of them are still in good condition and have been given away. But some are just wayyy too out of fashion that I don't think anyone would actually want them. The materials are still in a good condition though, so it feels wrong to simply throw them away. They are still sturdy, and some are still vibrant in colours.. They produced good qualities of materials in the old days.. Nowadays, hampeh!

So yeah, this is a classic case of 'Nak buang sayang, Nak pakai dah out of date..' Hepp!! Jangan mencebik ye.. I bukan perasan bagus ke apa.. Tapi, sanggupkah anda pakai seluar bell bottom ayah @ ibu anda dan jalan-jalan di Pavilion atau Cineleisure pada hujung minggu bersama yang tersayang? Bagitau I skang! Kalau sanggup, I hantar kat u all esok.. :P

Huhu.. so now, they sit in a bag, until they rot and ready to be thrown away.. Kalau buat karangan 'Saya sehelai baju', sure ending dia lebih kurang begini.. "Sekarang, tinggallah saya bersama teman-teman pakaian yang lain, mengira detik, menanti hari bila kami dibuang secara rasminya oleh tuan kami." Tsk, sedihnyaa..

Drama!

Anyhew, I have an idea on how I could make a slight change to the end bit of that sorrowful essay.. I'm going to call that idea 'Project ReVamp'.. Aha! I'm sure you know where I'm heading with this.. I would try to revamp the old clothes and turn them into something else.. Call it re-purposing ke apa ke tak kisah laa.. But I like the word ReVamp better.. mungkinkah malam ini I akan berjumpa Vampire bernama Edward Cullen?.. haha.. Tak nak la! I prefer Jacob the Werewolf!

So, stay tune for my first Project Werewolf! Eh, Project ReVamp.. haha..


Credit to : http://www.margaretsworld.com/litm-garou/links.html

Oh, btw, the first Project ReVamp mungkin hanya akan membuat kemunculannya pada tahun hadapan.. hehehe.. :P !




Toodles dearies!

Tuesday, November 9, 2010

Sewing Projects: The four unfinished projects

As mentioned in my previous entry, I have 4 sewing projects to finish up.. So, saya buat satu entry khas tentang projek-projek tersebut supaya saya tidak lupa!

1) Sulaman Reben (Ribbon Embroidery: Initial 'a' )


I think this particular RE project has been in that state for a couple of years already.. You see, whenever I design my own RE pattern, I would be indecisive.. Especially, if the design is a bit elaborate.. I find it difficult to answer this simple question: "Is it completed?" Tengok ni, kadang-kadang saya rasa dah cukup dah.. Tak perlu tambah bunga dah.. Kadang-kadang saya rasa macam ada something missing.. Tapi, nak tambah apa lagi? Kalau tambah-tambah nanti kalau tak cantik macam mana?


When I could not answer that question, I cannot move on to my next question:
"What shall I make with it? A Tote Bag? A Cushion cover? Atau frame kan aje?"

Sebab tak boleh jawab the first question, maka lipat-lipat masuk dalam beg..

Since then, I would work in reverse.. Saya akan fikirkan end product before I start with any projects.. Lebih mudah sebab kita dah boleh tahu apa keperluan end product tersebut.. Contohnya, I'd know if I should go to the shop and buy zipper, ribbons or bias tape..

2) Teddy Bear

Tengok badan dia ni, macam katak pun ada kan?


Ini Nina punya.. Mama dia beli kat US.. berbeza sungguh rupanya dengan si katak di atas..


Yang ini kesnya sebab konon-konon sayang nak buang perca kain.. Jumpa free pattern online, terus gedik2 nak cuba.. last2 malas nak jahit tang kepala dia.. Tiba-tiba teringat cerita Ali Baba Bujang Lapuk.. Panggil Apek jahit kepala..

Awas Apek longkang oi kaki melompat
Apek jaga depan ada longkang!

3) Baju Kurung



Hehe.. Saya baruu nak belajar jahit baju kurung.. Belajar dari kawan-kawan yang memang dah pro jahit baju kurung.. Hasilnya, tengoklah sendiri.. Terkandas di tengah jalan.. Eh, saya bukan salahkan tok guru saya.. They are awesome teachers.. Anak murid yang agak gayat nak cantum jahit, tak confident.. Seriau tak muat nak pakai baju yang dijahit sendiri.... But don't worry, I am slowly gaining my confidence.. Insya Allah.. Kalau tidak, jangankan nak mencantum, nak menggunting kain pun tak lepas-lepas! Tujuan asal nak belajar ialah supaya saya boleh jahit baju kurung sendiri.. Kalau tak confident, macam mana nak capai tujuan asal, kan? Oh, dan juga sebab saya tak mahu seni menjahit baju kurung hilang ditelan zaman.. Aiceh.. Bajet jawapan standard Gadis Melayu ayu pulak I.. Cet..


4) Nina's Quilt Cover
Nina is my eldest niece.. Anak buah yang sulung.. Si comel yang bila takde, rindu.. Bila ada, constantly buat my blood go upstairs.. Samalah dengan yang lagi dua orang tu.. Kalau baik, memang die oranglah the cutest little angels.. Kalau nakal, rasa nak gigit2 jek..

Anyways, I promised my sister to make Nina one nice little cushion cover.. That was like three years back? Long story cut short, the promise somehow turned into making a queen sized quilt cover.. In case you're wondering why this particular project is not completed yet after three longg years, let me just repeat myself once more.. QUEEN SIZED QUILT COVER.. need I say more? My progress is like 25%, kot? When If this project is finished, I'll tell you why it took me such a long time to finish.. Maybe I need even not tell you why.. You'll know when you see it.. :P You don't get to see it now cuz it's suppose to be a surprise.. Kalau dah siap, takpe..

Haih.. Okie.. We have roughly a month and a half to go before 2011.. I would try my bestest (best of the best) to finish up project 1 - 3 before the end of the year.. That one last project? I give it 6 more months, eh? Hehehe..

So, till we meet again..

Toodles!

Friday, November 5, 2010

Sewing Project: Cake Mixer Cover

Yeay.. Another sewing project completed!


From this..

To this.. :)


My sister's cake mixer cover.. I showed it to her last Saturday when it was about 80% done.. She liked it.. I'm sure she would be thrilled to know that it is now finished.. I normally take a loonggg time to finish any sewing projects.. Hehe.. Coincidentally, this would go well with her kitchen theme colour.. Green! Funny, cuz I didn't actually consider that when I chose the fabric.. :P

It fits nicely with my cake mixer.. Memanglah, dah beli cake mixer yang sama! :P

Hampir-hampir rasa tak nak bagi.. But mum gave me idea on how MY cake mixer cover would hopefully look like.. So, another sewing project in my To Sew List.. Thanks mum.. for the inspiration.. :)

But I have to finish 4 sewing projects before starting that one off.. Yikes!


Okie now dearies.. Till next we meet..

Toodles!

Thursday, November 4, 2010

:: Kek Batik ::

Kemas-kemas jumpa ini..

Tetibe dapat idea nak masak kek batik.. Macam 'tingg' ada lampu menyala cerah di atas kepala.. Dah lamaaa tak buat kek batik.. Heh, hari tu puding karamel pun kata dah lama tak buat.. Nampak sangat dah tua.. Eh, eh.. Ehemm.. back to kek batik.. So, pergi beli main ingredient iaitu Biskut Marie Claire.. Eh tak, tak.. Marie Claire tu brand kasut.. Beli Biskut Marie.. Hmm, I wonder how it got the name.. Emm, takpe.. next time je selidik..


So, inilah rupanya Biskut Marie.. Comelnye dah packing by bunch macam ni...

Ini rupa dia bile dah dipatah-patahkan.. Suke, bau die wangi..

Chocolate in a pot.. Milo, koko, *secret ingredient, gula, air dan susu segar.. Bila dah larut, masukkan butter.. Bila butter dah cair, masukkan telur.. Kacau sampai likat..

Masukkan biskut yang dah dipatah-patahkan tadi.. Kacau..


.. dan anda akan dapat hasil seperti ini.. Wah, like the pot calling the kettle black.. hehe..



Rata-ratakan dalam bekas, and refrigerate overnite..

Dan inilah hasilnya setelah dikeluarkan dari dalam fridge.. Kalau tabur serbuk milo, agak2 nampak macam tiramisu tak?


For full recipe and list of ingredients, refer here. Credit to the blog owner.. But I tweaked the recipe a bit.. adding *secret ingredient, susu segar and some chocolate chips.. You really can't go wrong with this.. You can even put anything you fancy, just as long as it makes sense.. Macam saya letak chocolate chips.. But you can also add in nuts, cadbury milk chocolates, and perhaps marshmallow? Janganlah tiba-tiba pergi letak peria katak dalam ni.. Hehe..

Okie dearies.. Till next we meet.. Perhaps an entry about my sister's cake mixer cover? It's almost finished.. Almost.. :) *grinning sheepishly

Oh my secret ingredient? 1/2 tablespoon of nescafe.. *grins.. Not so secret anymore, huh?

Toodles!