Pages

Tuesday, February 4, 2014

MKR 2014 Australia

Hullo,

Seronok pulak tengok MKR Australia ni.. Baru habis first group. Tak tahu nak sokong siapa tapi seronok tengok 'drama' from the 2 girls teams, 'Twins' vs 'Gourmet Travellers'. Esok group lain pulak. Seronok tengok they build up their instant restaurant, serving entree, main dish and dessert. Oih, banyak betul taip the word 'seronok' nih.. haha.. But yeah, it's fun. Haha..

Kat Malaysia, mana ada istilah entree bagai nih kan. Masak nasi, lauk 2-3 jenis masuk dalam mangkuk hidang kat tengah-tengah meja.. Cedok nasi dalam pinggan, hah.. silakan masing-masing ambil lauk kegemaran, jangan malu-malu.. Lagi mesra.. Ehehe..

Tapi tadi terfikir, kalaulah saja-saja gedik nak buat instant restaurant yang hidang this complete ala-carte course ni kan.. How would I do it? Ok, first, kita fikirkan tema.. Tentulah Malaysia Truly Asia kan.. Tapi, kadang Maaysian food ni selalu gak terconfuse dengan Indonesian @ Thai food.. Alangkan lagu pun boleh havoc pasal daripada mana asal-usulnya, kalau sembang pasal food origin silap haribulan declare war pulak.. Aish, jangan gado-gado.. At the end of the day, our tastebuds are very similar. Ingredients pun similar.. Jadi, mari kita embrace good food..

So, what would I serve? Well, just throwing out some ideas: 

Entree:
Fresh fruits! Ikut sunnah nabi. :) or 
Ayam goreng berempah or
Satay (3 cucuk je sorang) or
Otak-otak
Satay @ Ummi Alesya

ayam-goreng-berempah-serai2
Ayam goreng berempah @ lyokehan

Main dish:
Mestilah nasi dengan lauk. Rendang Ayam / Daging perhaps.. Oh yummy.. Side dish letak telur dengan timun terus jadi nasi lemak.. ahaha..

Rendang Tok @ Elinluv

Dessert:
Hurmm.. Payah gak ni kan.. I love desserts.. Banyak woh Malaysian desserts kegemaran.. Mungkin boleh masak badak berendam, buat comel2, present comel2..  

Badak berendam @ Cikmin
Badak Berendam @ Neni Susanti
Eheh, jangan hidang yang last tu la ye.. Eh tapi kan, tapiiii, kuih badak berendam in English apa eh? Soaked hippo? Ahaha.. Jenuh laa nak translate menu.. Ehehe.. Oh well.. Berangan itu memang indah.. Memandangkan skill memasak masih tak seberapa, maka, kita teruskan je la berangan ye.. haha..


Till next we meet.. Toodles!


Monday, February 3, 2014

My Ultimate Burger!





Ahh.. You just can't go wrong when you have burgers topped with lotsa cheese and crispy onion ring, can ya? haha.. Well, this is our ULTIMATE HOMEMADE BEEF BURGER.. Well, ultimate according to us laa.. kalau orang lain, tak tahu la pula.. These patties are tender and juicy and succulent. So, today, I am gonna put up the recipe for these delectable, (though maybe not THAT appealing to the eyes), yummylicious homemade pattties which is the main and important thing when making burgers.. So, here goes..

HOMEMADE BEEF PATTIES
Bahan-bahan:
1 kg daging cincang
2 biji bawang holland / bawang bombay - didaduk kecil
lada hitam
jintan manis
jintan putih
ketumbar
serbuk paprika
dried oregano
kicap manis
sos worchestershire
breadcrumbs
1 biji telur
sedikit tepung jagung


Cara-caranya:
  1. Lada hitam, jintan manis, jintan putih dan ketumbar disangai kering atas api kecil kemudian ditumbuk halus. Lebih mudah dan cepat jika ada grinder. Sukatan agak-agak la ye.. Mungkin boleh cuba dalam setengah sudu besar bagi setiap rempah. Boleh juga kalau nak pakai yang siap serbuk tapi kurang sedap laa..
  2. Masukkan semua bahan termasuk rempah ratus yang ditumbuk halus tadi. Gaul sehingga semua bahan mesra dan sebati. Bentukkan menjadi beef patties.
  3. Sebaiknya disimpan di dalam peti sejuk lebih kurang 15 - 30 minit sebelum dimasak. Boleh juga disejukbekukan untuk dijadikan stok.

These link, link and link here provide articles on what you should and shouldn't do to get good burgers.. Well, my 2-cents advice would be to use them as a guideline, but hey.. whatever works for you and your family, should be A-ok.. For example, I would imagine 80-20 lean meat/fat ratio would give a tremendous, juicy and succulent result for your burgers.. But I figure if you cook them right, you'd get magnificent burgers with some cheap lean meat as well.. Kebiasaannya saya ke pasar, beli daging pejal dan minta untuk dimesin.. No fat la kan.. So, I know my meat has got no 'funny' stuff added to them since they're being minced right in front of me..  

I think what makes these burgers juicy and tender is the fact that I cooked them in pre-made sauce. Haha, kire menipu la eh? To be honest, I m not very proud of the sauce cuz it's not exactly made of natural ingredients. Still trying to concoct a decent sauce made of natural ingredients. For now, the recipe below would have to suffice..

SOS BEEFBURGER
Bahan-bahannya:
Sos cili
sos tomato
kicap
madu
serbuk lada hitam

Cara-caranya:
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk. Boleh dimasak atas api kecil jika mahu, tapi bukanlah satu kemestian.

Tip: Semasa burger separuh masak, tuangkan sos. Jadi, ada ruang dan masa untuk burger menyerap sos. Hehe, makes sense ke? Oh well, this works for me, for now..

Happy trying darls!

Toodles!