Pages

Monday, February 14, 2011

Hard Disk Sleeve

Hello!

Mesin Jahit Bunda buat hal.. Mogok ke apa ntah? Benang 'tension' kot.. Orang dah berkobar-kobar nak buat baju untuk external hard disk.. Boleh pulak dia demam.. Mementang skang musim demam.. Huhu.. Maka, ada part yang terpaksa handstitch.. End up nya I pun tension sama! huhu..

Nasib baik guna prinsip, Usaha Tangga Kejayaan.. Alas, nampaklah juga hasilnya.. Walaupun tak kemas sangat, tapi bolehlaaa.. Here you are, one simple hard disk sleeve.. Made of baju kurung leftovers.. Sebenarnya ada part yang nak kene tetas semula, dan nak kene hantar kedai untuk dibuat lubang butang.. Lubang butang tu, tak dapatlah nak jahit tangan.. walaupun dah dapat inspirasi dari sini, tapiii, ermmm, tapiii, cubaan yang dibuat tu tak berhasil.. =P Takpelah, lain kali, kita cuba lagi la ye.. Hehe..


An advice, minta lebihan kain dari tukang jahit bila hantar kain untuk buat baju kurung.. There are lots of stuff you can sew from the leftovers.. You can even wrap gifts with them! Cool, no?


Kalau bukan sebab Mesin Jahit Bunda merajuk, sure bahagian dalamnya I dah jahit poket bagai.. (alasan!) Dalam gambar tak nampak, tapi ade certain stitch yang benang atas tak catch benang bawah.. erm, sila buat-buat faham je explanation itu.. hehe..


Maaf ye, saya takde kamera DSLR.. Compact digicam je ada.. Dah tu, tak reti pulak nak snap gambar cantik2.. Tapi, tak kire! Gambar butang yang blurry tetap nak masuk dalam entry jugak.. Hehe.. Sebab saya rasa butang ini omel!

Sekian.

Bye!


Tuesday, February 1, 2011

A Trifle Affair makes Lolly a complete Foole

It takes a fool to love a fool.. No, not that fool, silly. This fool. =P

And I quote from source: "Research indicates it evolved from a similar dessert known as a fool or foole, and originally the two names were used interchangeably."

No wonder I love making 'em soo much. Tee hee.. =P







Cakes, Jams, Custard, Fresh Cream, Mascarpone, Peaches & Luscious Red, Red Strawberries.. Yummy? Entah, tunggu CBB bagi keputusan.. Macam in theme with the red celebration, kan? Tee hee.. Happy Chinese New Year! =)


Cheerios!


Sunday, January 23, 2011

Greetings!

Oh my..

February is almost here. I didn't even get to wish y'all a Happy New Year. :P Okie, my bad. I should have, could have and would have.. All of which I didn't.. But it's only January, and there's still another 11 months to go till 2011 say au revoir.. So I could still wish for you to have a great year ahead.. :)

What have I been up to lately? (in the arts and crafts and bake world?). Honestly, not much. Tee hee.. I managed to bake a marble cake for a small farewell party. I'm glad I did cuz there was one mummy-to-be who enjoyed my cake.. It really warms up the heart, to know that you were able to make someone happy. It makes all your effort worthwhile. :)

Before that, I managed to create a birthday card. Is it considered boastful if I think it's one of a kind? In Malay, the word is "perasan". Oh screw, I really, really liked the card that I made, so there. I don't think it's absolutely gorgeous or amazingly beautiful, but I really, really liked the card. :P Unfortunately, I did not take any pictures of it. But that's ok. I could just easily re-create it.

Now, observe the word 'manage'. In my case, it translates to being able to do something nice in the midst of other things. The 'other things' might not be as much fun as the things that I 'managed' to do but they must be done. :P So, I had to squeeze in to do things that I enjoy. In a simpler term that I had wish to avoid typing, I've been busy.. :P

Today, I woke up realizing that I have accomplished most of the 'other things that are not as much fun to do'. So, I figure, I could do something fun instead. Here are some of the things I did, some small greeting cards that you'd put on a gift. These things cost you about RM1 and above if you buy them in a gift store and the likes. But if you have some time to spare, some scraps and paper, some glue and a scissor, you could just easily create your own small greeting cards. Enjoy!


Cut out from leftover wrapping papier

A bit of beads

Cut out from an empty tissue box
Cut out from a paper bag


Till next we meet!

Toodles!
 
 

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Salam Maal Hijrah.. Salam Tahun baharu!

Mari buka lembaran baharu.. Semoga kita dapat ber'hijrah' menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.. Moga ikatan dengan ahli keluarga bertambah erat, moga ukhuwwah sesama sahabat bertambah rapat, moga rajin berusaha dalam segala pekerjaan yang dilakukan, moga sabar menjadi teman yang setia, moga sifat amarah makin kurang, moga diberi kesihatan yang baik, ketenangan dan keceriaan, moga dititipkan iman dan nur dan yang paling penting, moga tidak pernah lupa pada Maha Suci Allah s.w.t.

Selamat Beramal! Selamat Berhijrah!

(^____^)

Sunday, November 21, 2010

..:: A Special Day ::..

Today is a special day for me. :)

credit to: Adam Graham


I wish everyone a blessed life by God the Almighty, no matter their religion and beliefs. I wish everyone joy and happiness and always in good health and wealth.. And especially for my family and bestest of friends, thank you and I love you, with all my heart.. To awak, thank you for being you.. :)





*sheepish smile..

Friday, November 19, 2010

My Aidil Adha

Am going back to mum and dad's hometown today.. Singgah beraya dengan opah belah ayah dulu.. :) Then, straight to mum's hometown.. Esok lapah lembu, agih-agihkan daging korban, selebihnya masak sup.. Tahun ni, nak jamu orang kampung dengan mihun sup.. Taruk sambal kicap, tabur daun sup & bawang goreng.. Nyums! Jangan tersedak sudah.. hehe..

We celebrated our Aidil Adha which fell on Wednesday, Nov 17th, in KL, as we did most years. As it has been for quite a number of years already, dad would be making his famed lemang jagung rebus. Mum would be busy in the kitchen, cooking and preparing many, many and I do mean MANY delicious food.. Just like Aidil Fitri, her array of dishes would be in the line of nasi impit Nona and partner in crime kuah kacang daging, and a minimum of 3 types of rendang. Chicken redang, beef rendang, rendang 3 beradik, rendang udang (it has a different name, tapi kalau tulis nanti boleh mengundang isu sensitif! :P), rendang kerang, rendang minang, rendang tok, rendang pedas, rendang hitam.. ahh, you get the idea..Not forgetting her famous tapai pulut.. Oh, but wait! These are merely the side dishes.. The main dish would either be Nasi Tomato, Nasi Minyak or Nasi Hujan Panas, accompanied by kurma daging/ayam, kuah dalca daging/ayam and jelatah.. Only this year, a slight change of the usual norm.. The main dish bertukar menjadi Kuey Tiaw Sup, and its sidekicks..

Table 1: Nasi Impit, Lemang Jagung Rebus, Rendang Ayam, Chicken Ala Thai, Rendang Kerang, Kuah Kacang Daging


Table 2: Kuey Tiaw Sup

Yes, that's me lovely mummy.. At the end of the day, she would be complaining of her aching feet.. Buat penat je pesan supaya masak sikit-sikit, end up banyak juga lauknya.. I guess Mum will always be Mum.. :) Saya rasa, esok2 saya pun menurun perangai mak saya.. Huhu..

One might wonder, "Banyak gila lauk, tapi untuk pemanis mulutnya tapai aje?" Hehe, mestilah tidak.. Yang buat pemanis mulutnya mestilah yours truly.. :P Normally, it would be my 'famous', ahem, Moist Chocolate Cake.. But this year, "Mama nak Marble Cake laa.. Resepi Asmah Laili dari Singapura".. Menggagau cari resepi online.. Sekali tengok resepi, fuiyo banyaknya pakai telur! And 3 blocks of butter? This has to be my biggest challenge yet.. I'm just a small scaled bakerina.. :) Baru pukul butter dan gula, dah penuh mixing bowl.. But, Alhamdulillah, it turned out quite well on the first attempt..


That's a 12 x 12 marbled cake, mind you.. :P Next time, I shall divide only a third of the batter for the chocolate part..

Whilst waiting for the marble cake to bake in the oven, mama had to ask.. "Puding Bumbung tak nak buat ke? Rasa nak yang lembut-lembut jugak.." So, off I went scurrying to the kitchen, chanting incantations, eh silap, mixing and cooking ingredients for my Puding Bumbung.. This pudding has a name, but we like to call it Puding Bumbung.. or Roof Pudding.. *smiles

My brightly coloured Puding Bumbung

So there, my Aidil Adha..


Happy days!

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Menyambut Aidil Adha

Salam Aidil Adha bagi yang menyambutnya.. Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk menyambut Aidil Adha sekali lagi pada tahun ini.. Alhamdulillah, syukur saya diberi kesempatan menyambut Aidil Adha bersama keluarga tersayang.. Pada yang mengenali, ampun dan maaf saya pinta andai ada salah dan silap..

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari saya sendiri, manakala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. Pada keluarga tersayang dan kawan-kawan baik yang saya kasihi, moga ukhuwwah yang terjalin berkekalan membawa ke syurga hendaknya..

Sedikit sebanyak tentang Hari Raya Aidil Adha:
"Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka."

Sumber: Encik Wiki